:: R U B I ™ ::

its just about me


Banyak kan duit? Ini sebahagian daripada duit hantaran yang baru saya dapat.
Ok, tipu belaka.

Duit baru dicucuk, haruslah banyak. Sem ini memang sangat nazak.
Tak tahu duit dihabiskan untuk apa. Saya tak beli henpon baru, laptop baru atau apa-apa lagi yang baru.
Wuwu.. Pasrah. Dah lah duit hutang.
Maka, sem depan saya akan berjimat cermat. 
(tabah kah saya? uwa...)

Cuba baca notis ni betul2..
Nampak apa dulu? DIBERSIHKAN kan?




Sepatutnya perkataan TIDAK PERLU itu yang patut ditebalkan.
Salah konsep betul.. hee..

Saya sedang bersendirian di dalam bilik. Manakan tidak, hajat di hati nak bawak satu or dua puluh orang dari blok baung, tapi sayang, sayang sayang.. (lagu the deym aliff aziz) tapi diharamkan plak. huhu..

Lampu study saya tibe2 datang angin ok hari ni. Elok je dia menyala. Takde disko2 lagi.

Tibe2, (baru tadi..) lampu saya mula berkelip2. Uwargh!! Teringat cerita Koi Mil Gaya, cerita hrithik roshan jadi sengal2 dan jumpa alien tuh..

Kemungkinan besar ada alien nak landing kat sini. uwarghhh lariiiii....


Cerita seperti di atas. Tak menyimpang.. Ngee.. Ekceli, bilik ini telah menjadi panas dan membahang. Bak budak2 dalam fesbuk kata, bilik dah macam oven, badan dah separuh masak.. (kalau makan mesti sedap kan? rendah lemak... hahaha..)

Oleh kerana semalam saya dah stress dengan suhu melampau bilik, maka saya kasi shutdown kipas bilik.. Saya amik kerusi, amik penyapu dan yihaaa... debu-debu cinta mula jatuh ke lantai.. cantik!!! macam salji u! tapi salji hitam lar.. kah kah..

Tapi kerusi terlalu pendek.. maka saya panjat meja.. bertambah banyak dedebu cinta turun membanjiri bilik. dah habis, saya sapu bilik. lepas tu turn on balik kipas dan hasilnya, kipas bertaraf helikopter bertiup kencang di dalam bilik.. syiok habis!

ps: malam itu tidur tanpa selimut kerana mahu menghayati kerinduan pada angin kencang..
ps2: first time ada iklan nuffnang kat blog nih.. cis..

Dah lama gila tak apdet blog kan?

Rubi nak mulakan pagi dengan bangun awal. Kononnya lah kan.. Masalah bermula bila my rumet balik lewat semalam. Sejak beberapa malam Rubi kesepian akhirnya my rumet pulang ke pangkal jalan. (ayat macham windu jek.. hahahaha...)

Nak je rembat budak baung satu dua puluh orang untuk tolong temankan tapi macham gila jer..Hwahahahahah....

Dan macham dah lama tak jumpa, masing2 start mengenyam menganyam ketupat dengan chemerlangnya. Gila ar.. Ada lar dalam sejam borak. Start 200 pagi - 300 pagi. Ala2 pillow talk juga sebab dah landing atas katil dan lentok itu kapla atas itu bantal dan kasi mati itu lampu..

Nasib baik dapat bangun pagi. Pukul berapakah? Awal lah jugak..

Then, pergi pulangkan speaker kat Ash.. Sebab malam semalamnya, aku buat tayangan perdana yang keberapa entah, cerita hindustan, ofkos.. bersama-sama Nedy. Lama gak minah ni lepak memandangkan cerita ini ada 3CD yang makan masa selama 3 jam (atau lebey sikit kot..)

Time, sesi memulangkan paku buah keras (pebendalah Rubi tulis nih?) speaker, Ash dengan spontan, spontan k! Bukan sepondan. Gila apa pondan2 kat blok perempuan nih? Mengajak Rubi join sekaki, makan rambutan. Rubi tak banyak soal, terus ok jek. Kalau Rubi banyak soal itu, makanya, Rubi are very the reluctant to go together-geder..

Dari situ start warna Hijau, Merah, Kuning... Rambutan kan kaler gitu.. Best.. sedap2.. Dan tukang panjatnya adalah Yang Berusaha Encik Kocot (oh pocot mak ko terkejot-kejot.. ) dan juga Yang Berhormat Encik Tobeng (bang bang bang... ) Diiringi juga Cik Marina kita.. (ngee.. main mesej saja hang ye?)

Pagi-pagi buta pergi menghayati keindahan alam, memang sangat seronok dan best. Thanks very the a lot to Ash kerana mengheret Rubi ke sana. Ngee.. suke suke.. Dan bertambah suka bila si Ash, Marina, and Kocot (oh pocot mak ko terkejot-kejot.. ) buat shooting free kat situ.

ps: balik rasa gatal-gatal.. padahal dah mandi.. uwa... kena mandi balik.. dush2...


Kisahnya bermula masa saya baby-baby lagi. Anak sulunglah katakan. Maka, mak saya yang tersayang ini telah meletak saya di dalam (atau atas?) enjut (adui, besi pumping yang letak budak tuh.. tawu ke tak korang nih?). Okey, nasib baik jumpa gambar. Lihat bawah.




Entah macam mana, setelah mak saya menghadapkan saya di hadapan tv, saya jadi budak yang sangat baik. Saya tak bising. Tak nangis-nangis. Duduk aman sentosa di hadapan tv. Maka selepas itu, bermulalah tabiat dan tebiat saya yang suka gila tengok tv.

Pendek gila cerita! <-- Iyalah! Ko ingat aku buat novel ke apa?

Habis tu, kat hostel?

Ok, nak ceritalah ni. Saya bernasib baik (atau malang sebenarnya?) sebab tak pernah duduk asrama masa sekolah menengah (sekolah rendah apatah lagi). Maka, memang menjadi aktiviti wajiblah saya untuk menonton, menonton dan terus menonton (motto hidup ke aper? <--diam ah!) di waktu lapang.

Ketika matrikulasi, baru terasa betapa azabnya tak dapat tengok tv~!!! Stress~!! Nasib baik ada bilik tv. Itupun kat tingkat bawah. Itupun pak guard tak bagi tengok after midnight. (gila terasa macam kat umah masa tuh!)

Masuk U, lagi lah stress. Mana nak cekau tv? Berkat usaha tidak mengenal jemu, maka saya membeli tv adapter. Cucuk sahaja di laptop dan yezza, laptop anda transformed kepada tv. Siap ada remote control tuh! (pakai jari pun boleh~) Dan paling penting, saya tengok sorang-sorang. Yihaa..

nota kaki: tadi pergi 'mencuci' virus dengan Jen. Hampir nangis bila nak install tv balik, cd driver buat hal. Lepas baca bismillah banyak2, baru berjaya. Hoorey hoorey~!


Blog Widget by LinkWithin